Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Thursday, June 21, 2012

LATIHAN

SOLAT JUMAAT

1. Apakah maksud solat jumaat?

2. Apakah hukum meninggalkan solat jumaat bagi orang lelaki yang telah cukup syarat-syaratnya?

3. Terangkan tiga hikmat menunaikan solat jumaat.

4. Jelaskan keistimewaan solat jumaat berbanding hari-hari lain.

5. Mengapakah masih ramai remaja islam kini masih meninggalkan solat jumaat?



Thursday, June 14, 2012

SEMBELIHAN

SEMBELIHAN
- ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan alat yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.

RUKUN
- Penyembelih.
- binatang yang disembelih.
- alat menyembelih.

SYARAT PENYEMBELIH
- Islam.
- bukan dalam ihram haji.
- penyembelih boleh melihat
- orang yang waras.

SYARAT BINATANG YANG DISEMBELIH
- binatang yang halal dan masih hidup.
- binatang masih hidup.

SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN
- niat kerana Allah.
- dilakukan oleh orang Islam.
- binatang itu halal dan masih hidup.
- binatang itu mati dengan sekali sembelihan
- putus urat halkum dan merih.
- alat yang tajam.
- penyembelih bukan dalam ihram haji.

PERKARA-PERKARA SUNAT SEMBELIHAN
- mengadap binatang ke arah kiblat
- baca bismillah dan takbir.
- baca selawat.
- guna alat tajam
- sembelih dengan segera.
- dilakukan pada siang hari.