Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Friday, July 8, 2011

ADAB MENERIMA TETAMU

TETAMU
  • ialah orang yang menziarahi atau berkunjung orang lain samada ianya dijemput atau tidak.

HUKUM
  • Wajib mengikut kemampuan tuan rumah


VIDEO ADAB MELAYAN TETAMU


KHUTBAH

1. KHUTBAH: 
- ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran

2. Hukum -wajib dibaca sebelum solat

3. Syarat sah 
- dibaca setelah masuk waktu zohor.
- dibaca sebelum solat jumaat.
- rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
- khatib duduk sebentar di antara dua khutbah.
- khatib mestilah seorang lelaki.
- dibaca sambil berdiri jika berkemampuan.
- khatib menutup aurat. -khatib suci daripada hadas dan najis.
- berturut-turut di antara dua khutbah.
- khutbah itu boleh didengar oleh 40 orang jemaah.

4.Rukun
- memuji Allah SWT sekurang-kurangnya menyebut alhamdulilah.
- berselawat ke atas nabi.
- mengingatkan jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT.
- membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran samada dalam khutbah pertama atau kedua.
- mendoakan orang Islam.

5.Sunat khutbah
- disampaikan di atas mimbar
- memegang tongkat ketika khutbah
- rukun khutbah disampaikanmengikut tertib
- memberi salam sebelum duduk di atas mimbar
- disampaikan dengan fasih dan lancar
- menyampaikan dengan suara nyaring dan lantang
- khutbah itu ringkas dan padat.

6.Adab ketika mendengar khutbah
- mendengar dengan teliti/khusyuk.
- duduk dengan tertib.
- tidak berbuat bising.
- mengambil pengajaran daripada isi khutbah yang dibaca.

SEMBELIHAN

Video yang menunjukkan cara sembelihan yang betul


SOLAT JENAZAH

Video menunjukkan cara solat jenazah.

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Maksud Allah Maha Bijaksana ialah Allah SWT Maha Bijaksana dalam mencipta makhluk, menetapkan undang-undang, peraturan dan mentadbir ciptaanNya.

Bukti Kebijaksanaan Allah SWT ialah seperti mana berikut:
1. Kejadian manusia
2. Mencipta cap jari manusia yang tidak sama antara satu sama lain.
3. Kejadian cakerawala
4. Kejadian laut dan sungai








Kesan Beriman dengan al-Hakim
  • menjadikan seseorang istiqamah dalam beribadat
  • menghargai setiap ciptaan Allah SWT
  • menjadi hamba yang bersyukur
  • bijak mengurus dan melaksanakan sesuatu perkara
  • menggunakan nikmat sebaik-baiknya bagi mendapat kesedaran Allah SWT.

Wednesday, July 6, 2011

SUJUD SAHWI

Sujud sahwi merupakan sujud yang dilakukan apabila kita tertinggal perkara sunat ab'ad

Video menunjukkan cara sujud sahwi yang betul.


Friday, July 1, 2011

TAYAMMUM

1. Maksud tayammum
  • menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan niat.
2. Hukum tayammum
  • wajib bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air untuk menunaikan solat atau tawaf.
3. Sebab-sebab yang membolehkan tayammum:
  • Ketiadaan air atau ada air tapi digunakan hanya untuk keperluan makan dan minum.
  • Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit yang memudaratkan jika terkena air.
4. Syarat-syarat tayammum:
  • Masuk waktu solat
  • debu tanah yang suci daripada najis
  • Menghilangkan najis sebelum bertayammum
  • Debu mestilah kering dan tidak bercampu lumpur atau kapur dan sebagainya.
  • Telah berusaha untuk mendapatkan air
  • Hanya untuk satu solat fardhu sahaja.
5. Rukun-rukun Tayammum.
  • Berniat ketika menyapu debu ke muka
  • Menyapu debu tanah sekali ke muka
  • Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
  • tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan.
6. Perkara-perkara sunat ketika bertayammum.
  • Membaca bismillah
  • Menghadap kiblat
  • Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tangan.
  • Mendahulukan tangan kanan daripada kiri.
  • Berturut-turut
  • Merenggangkan jari semasa menekap debu.
7. Perkara-perkara membatalkan tayammum:
  • Semua perkara yang membatalkan wuduk
  • Ada air sebelum solat jika bertayammum kerana tiada air.

MANDI

Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat.

Mandi terbahagi kepada
1. Mandi wajib ialah mandi yang disertakan niat kerana berhadas besar.
2. Mandi sunat ialah mandi yang disertakan niat kerana tujuan tertentu seperti mandi hari jumaat.
3. Mandi harus ialah mandi selain mandi wajib dan mandi sunat seperti mandi untuk menyegarkan badan.

Sebab yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan:
1. Keluar mani
2.Bersetubuh
3. mati selain mati syahid

Sebab yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja:
1. Kelauar darah haid.
2. keluar darah nifas.
3. Wiladah iaitu melahirkan anak.

Rukun mandi:
1. Niat
2. meratakan air ke seluruh badan

Perkara sunat ketika mandi wajib:
1. Membersihkan najis atau kekotoran yang ada pada badan.
2. Berwuduk sebelum mandi
3. Memulakan mandi dengan membaca bismillah
4. Mendahului anggota sebelah kanan.
5. Menggosok seluruh anggota badan
6. Menyelati jari kaki, tangan dan rambut.
7. Berdoa selepas mandi.

Hikmat mandi wajib:
1. Membolehkan mengerjakan ibadat.
2. Memberi kesegaran pada anggota badan.
3.Menjaga kehormatan diri.
4. Mencergaskan fikiran.
5. Membersihkan rohani.

Perkara-perkara yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan ketika berhadas besar.
1. Solat sama ada fardhu atau sunat.
2. Sujud tilawah atau sujud syukur.
3. Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran.
4. Tawaf.
5. Berhenti dalam masjid.

Larangan ke atas perempuan yang haid dan nifas.
1. Puasa wajib atau sunat
2. Bergurau senda antara pusat dan lutut bagi suami isteri.
3. Melakukan persetubuhan.

WUDUK

Wuduk merupakan perkara yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat sama ada solat fardhu atau solat-solat sunat dan juga ibadat-ibadat lain.

Wuduk bermaksud membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana Allah Taala.

Seseorang wajib berwuduk apabila hendak menjalankan ibadat berikut:
1. Solat
2. Tawaf
3.Menyentuh atau membawa al-Quran
4. Sujud Tilawah
5. Sujud syukur
6. Membaca Khutbah Jumaat

Rukun wuduk seperti mana di bawah:
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kaki
6. Tertib iaitu menyempurnakan rukun wuduk dengan tersusun


Syarat sah wuduk

1. Islam
2. Mengetahui rukun-rukun wuduk
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Tidak ada sesuatu bahan yang menghalang air sampai ke kulit anggota wuduk seperti getah, lilin dan sebagainya
5. Tidak ada sesuatu yang boleh mengubah warna air dikulit anggota wuduk seperti dakwat, pewrna dan sebagainya.

Perkara sunat ketika wuduk
1. Memulakan membaca bismillah
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula
5. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
6. Menyapu keseluruhan kepala
7. Menggosok celah-celah jari tangan dan kaki
8. Berturut-turut
9. Mengulangi tiga kali setiap perbuatan
10. Berdoa selepas wuduk.

Perkara-perkara makruh ketika berwuduk
1. Membasuh anggota wuduk lebih tiga kali
2. Berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa.
3. Mendahulukan anggota kiri daripada kanan
4. Bercakap ketika berwuduk

Perkara-perkara membatalkan wuduk
1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur
2. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pengsan dan sebagainya
3. Tidur yang tidak tetap papap punggungnya
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tanpa berlapik
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan berlapik

Hikmat wuduk
1. Anggota badan sentiasa bersih
2. Jiwa sentiasa tenang
3. Dosa kecil terhapus
4. Sentiasa dalam keredhaan Allah SWT


Video menunjukkan cara berwuduk.

ISTINJA

Istinja adalah perkara pertama yang berkaitan dengan kebersihan fizikal yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam. Setiap pelajar melakukannya pada setiap pagi cuma apabila disoal pelajar tertanya-tanya yang mana satu istinja.

1. Istinja dari segi syarak bermaksud membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat-alat tertentu.

2. Hukum beristinja bagi umat Islam adalah wajib.

3. Alat-alat istinja ialah :
3.1 Air mutlak (air hujan, air sungai, air laut, air embun, air mata air, air paip, air perigi dan air salji ).
3.2 Benda-benda kesat (batu, kayu. kertas, daun kering dan sebagainya)


4. Bahan haram untuk istinja:
4.1 Kertas atau bahan yang bertulis ayat al-Quran atau hadis nabi, nama-nama Allah dan rasul.
4.2 Bahan-bahan makanan seperti roti biskut dan sebagainya.
4.3 Benda-benda najis yang kering seperti tahi lembu.
4.4 Benda-benda licin seperti plastik
4.5 Benda-benda merbahaya seperti kaca.

5. Syarat-syarat istuinja dengan benda kesat.
5.1 Alat itu hendaklah suci, bersih dan kering.
5.2 Najis yang ada pada qubul atau dubur belum kering
5.3 Najis itu tidak melilih ke tempat lain
5.4 Tidak ada benda lain yang melekat di tempat keluar najis seperti debu dan tanah.

6. Hikmat istinja
6.1 Terhindar daripada penyakit
6.2 Memberi keselesaan kepada diri dan orang lain
6.3 Menyihatkan badan.