Berusahalah dengan
ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan
di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam
keadaan sedar atau tidak"
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan
seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus"
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati,
tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"
"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang
belum kamu selesaikan"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai"
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian"
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan
niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun
ke bawah"
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap
halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua
yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"
"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di
dalam poket"
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang
dicita-citakan"
"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"
"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti
hilang kebencian kamu terhadap maksiat"
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan
yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"
"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka
bermusuh-musuhan"
"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga
mengingatkan kita pada usia"
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk
menghadapi malam yang akan sampai"
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang
sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu
diangan-angankan"
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi
tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir
bersama nafas terakhir"
"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat
cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan
tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"
"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus
menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada
Ilahi"
"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta
kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan
tidak pula terasa dihina"
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan
menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"
"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"
"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu,
dia boleh mempercantikkan budinya"
"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti
biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar
ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri,
dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"
"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan
kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua
itu"
"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta
banyak lawan"
"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang
yang akan menemani malam"
"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan
merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu
kebodohan"
"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk
melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman
ketenangan"
"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi
perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur"
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka
berfikir"
"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang
lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"
"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar
daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran
gurunya"
"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang
diberikan"
"Dengan hatilah
seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat
dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.
"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa
anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak
sedar" Barbara Hall.
"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan
satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka
yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W
Young
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir
Mohamad.
"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit"
Allen Tate
"Kegagalan hari
Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu
gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah
dirimu serendah-rendah rumput di bumi"
"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada
ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan
ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan
kedewasaan"
"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"
"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"
"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"
"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"
"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya
sendiri"
"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh
dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"
"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan &
yang mana satu kawan"
"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan
sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda
lelaki sejati"
"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh
orang lain"
"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar
nama"
"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"
"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya
tidak pernah membuat kebaikan"
"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap
kesilapan mereka"
"Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang
besar"
"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"
"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri.
Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk
menjadi pandai"
"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi
pembaca terlebih dahulu"
"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang
paling merdu di dunia"
"Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya
kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"
"Anda tidak akan
berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"
"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada lelaki yang beliau cintai"
"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"
"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan
masa silam"
"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"
"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri
daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"
"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam
minda & menguatkannya dari hari ke hari"
"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih
mempunyai masa depan"
"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan......... "
"Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah
monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya
untuk membina sebuah kedai........."
"Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang
yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"
"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"
"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"
"Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan"
"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan
terhadap orang lain"
"Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak
melakukannya"
"Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"
''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk
mengejar impian-impian lain selepasnya''
''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''
''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan
diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'
"Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup"
'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''
''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak
memusnahkannya''
''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa
untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''
''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''
''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''
''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan
masih ada''
''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri
manusia''
''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi
kejayaan yang orang lain capai''
''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal
terus gagal''
"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya
sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"
''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah
manusia''
''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai
nikmatnya''
''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''
''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''
''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya
melalui perlaksanaan''
"Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita
akan lebih menghargai kesihatan"
''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu''
''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan''
"Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya"
''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama''
"Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan
kematian"
"Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita &
kejayaan"
"Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat"
"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan
atau kekurangan"
''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya
sehinggalah dia mempunyai anak sendiri''
"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang
sebenar"
"Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya
kita terbakar"
"Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan
menamatkan manusia"
"Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya"
''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya''
"Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan"
"Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha
memperbaiki kelemahan diri"
"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang
kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"
"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"
"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa
yang kita hajati"
''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit''
''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan membawa kepada impian''
''Sungguhpun bertanya
itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu
bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''
''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih
daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di
dunia ini''
''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala
seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''
''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah
garang atau bermasam muka kepada orang lain''
''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''
''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus
keberkatannya"
''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang
ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci''
''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula
melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu''
''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan
kebaikan yang akan diperolehinya
''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab
mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga
sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''
Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan
tinggalkan yang berdosa''
'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
daripada orang Mukmin yang lemah''
''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat
baik''
''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''
''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'.
''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''
''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun
dalam keadaan yang susah''
''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita
berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''
''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang
penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri
kita''
''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang
bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh
kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''
''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting
dari yang penting''
''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah
kepada diri sendiri''
''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak
semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''
"Berusahalah
dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi
keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi
dalam keadaan sedar atau tidak"
"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan
mengatasi kesulitan itu"
"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu
keputusannya"
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi
contoh dengan perkataan"
"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang
dapat memuji dan mengkritik"
"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup
manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus
merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan
tepat"
"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan
keberanian"
"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita
harus bertindak apa yang kita mampu"
"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah
sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan
dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan
putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"
"Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu.
Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"
"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap
ejekkan dan hinaan"
"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada
kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"
"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"
"Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi
tentang apa yang jauh daripada kita"
"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai
memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"
"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai
kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah
dirimu sendiri"
"Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi
insan yang sempurna"
"Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk
sesuatu yang berharga"
"Tidak ada yang
lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan
seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus"
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan
niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun
ke bawah"
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap
halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua
yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"
"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di
dalam poket"
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang
dicita-citakan"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya,
dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
"Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"
"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan
tidak menjadi seorang yang gagal"
"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda
telah mempelajari sesuatu"
"Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan
anak-anak anda"
"Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji
rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan
wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita
cantik atas dasar akhlaknya"
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
"Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih
daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di
dunia ini"
|
Ilmu itu lebih baik
daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu
penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan
tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan
terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan
akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon
kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu,
tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya
kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa
-Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn
orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi
hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia
boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah
berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu
sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat
jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah -
Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu
berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan
menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya
melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah
dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya
-Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang
sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya
terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan
adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun
dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Agama buat kehidupan
di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta
berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar
ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya
ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg
baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa
menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka
janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar
al-Khattab
Semulia-mulia manusia
ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah
Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan -
Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal
ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin
Al-Khatab
Orang berilmu lebih
utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila
mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh
penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib
Barangsiapa yang
jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Sesiapa yang dilantik
menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih
dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap
tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa
yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk
mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia
yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Ingin aku jadi rumput
sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina
Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap nikmat
ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci
pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin
Abi Thalib
Kemarahan orang yang
berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil
itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Apabila kamu merasa
letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan
kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok
dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan
akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib
Dua nikmat yang
sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi
Thalib
Peliharalah iman kamu
dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat
dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah -
Saidina Ali bin Abi Thalib
Orang-orang yang suka
berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. -
Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan itu syurga
bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang
yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang tidak
menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada
hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina
Umar bin Al-Khatab
Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya
erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu
tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang
tidak tahu.
Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk
kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada
jalan yang tidak berguna .
Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan
terjaga.
Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang
bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Saidina Ali r.a berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang
sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran
daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
(memelihara diri & hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak
salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya,
berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya
mati.
Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan
kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. -Imam Hasan Al-Askari
Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam
ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas,
tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan
dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais
Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu
hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat
Luqmanul Hakim kepada anaknya.
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak
selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan
membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk
4. Jangan kencing sambil berdiri
Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan
oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena
bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu
kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak
malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat
bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh
Orang yang tidur
mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak
pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati.
Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang
mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang
segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Orang akan tetap
menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada
suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia
sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
Siapa yang
mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai
apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
Siapa yang
mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala
untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas
r.a
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang
paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah
diperolehinya -Imam Al-Ghazali
Kamu tidak boleh
memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan
kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
Usaha yang halal itu
lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas
Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih
Seseorang tidak akan
mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu
kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu
kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup
pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu
kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
-Ibrahim bin Adham
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang
kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa
saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan
ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu
Abbas
Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di
akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat -
Ibnu Asahir
Tiga macam yang tidak
diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)
-Luqman Al-Hakim
Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah)
kata-kata hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya
hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat- Al-Hukama'
Keadaan hamba ini
hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam
nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala
harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik
hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus
membaca istighfar -Abul -Abbas Al Masri
Perkataan itu seperti
ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap
nescaya membunuh -Amru Al-As
Abu Laits berkata :
"Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung 8
bahaya.
· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim
berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah
memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak
membekukan hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.
Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak
memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan
ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak
membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail
Adakalanya seseorang
melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka
Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang
disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah
maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang
disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih
disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada
berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi,
menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib
Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu
kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah
At-Tusturi
Ketika Haatim
al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam bertanya,"Beritahukan
kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari manusia ?" Haatim
menjawab, "Dengan tiga hal:
1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka.
2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka
3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia
telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya -Ahmad Athaillah
Berhati-hatilah kamu.
Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit ataupun banyak.
Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah. -Imam Ahmad
Kunci amal-amal dunia
ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh Abu Sulaiman
ad-Darani
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu
mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka
terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan
ringannya beban -Al-Hassan Al-Bashri
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi,
walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah
diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul
Qasim Al-Junaid
Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah
dengan akal pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa
saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya
dan tak akan padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i
Ilmu adalah sesuatu
yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata-Imam
Syafi'e
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut
orang besar di segala petala langit -Nabi Isa A.S
Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau
neraka kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat
demikian kerana syaitan merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits
Muliakanlah rakanmu
dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak
maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan
persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Apabila adanya
sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya :
Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau
makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan
atau jika tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam Sufian ath-Thauri
Syaitan lebih suka
untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim
apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya
sedangkan orang jahil tidak begitu -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad
al-Husaini
Jangan engkau
bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika
mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah
dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi
janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta
memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.
-Imam Umar bin Abdul Aziz
Musibah itu hanya
satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu bala
musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin Almubarak
Gantunglah
cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh
orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak
terhingga dari segi zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah
Sesiapa yang merasa
marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang
merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia
seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu
tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'e
Kebaikan itu ada pada
Aku tidak pernah melihat
kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap kekuasaan. Kita banyak
menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman, harta dan
pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka ia pun akan
mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya - Sufyan Ats-Tsauri
Sekiranya manusia
mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan
diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau -Imam
Syafi'
Orang berilmu
bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum
diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah
ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula sentiasa
menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar -Imam
Syafi'
Tiada bekal yang
lebih utama daripada takwa. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada diam.
Tiada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Tiada penyakit yang
lebih parah daripada berbohong. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Sesiapa yang merasa
marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang
merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia
seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu
tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'
Sesiapa yang memberi
peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka
sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang
menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan
bila tidak berguna nasihat secara sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang
yang baik untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat. Maka jika tidak
dikerjakan yang demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan
bermaharajalela sehingga menghancurkan semua - Abu Dardaa' r.a
Satu dirham
disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus
dirham diwasiatkan ketika akan mati. - Ibnu Mas'ud
Orang yang menzalimi
diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak
menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi
manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
-Imam Syafi'
Jika engkau mendengar
suatu kalimat dari seorang muslim, maka bawalah kalimat itu pada
sebaik-baiknya tempat yang engkau temui. Jika engkau tak mampu untuk
mendapatkan wadah tempat kalimat tersebut, maka celalah dirimu sendiri.
-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau berbuat
dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah
dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya
kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara
terus-menerus. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq"
Barangsiapa yang
rizkinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang dibuat kagum
oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka perbanyaklah ucapan maa
syaa-allah laa quwwata illa billah -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Allah telah
memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat
kepadaku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu. -Al-Imam Ja'far
Ash-Shodiq
Tidaklah kebaikan itu
sempurna kecuali dengan tiga hal : menganggapnya rendah (tidak bererti
apa-apa), menutupinya dan mempercepatnya. Sesungguhnya jika engkau
merendahkannya, ia akan menjadi agung. Jika engkau menutupinya, engkau telah
menyempurnakannya. Jika engkau mempercepatnya, engkau akan dibahagiakannya.
-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Fugaha itu orang yang
memegang amanah para rasul, selama tidak masuk ke dalam pintu-pintu penguasa.
-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau menjumpai
sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka carilah satu,
atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan perbuatan saudaramu
itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya, maka katakanlah, 'Semoga ia
mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat demikian) yang aku tidak
mengetahuinya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Empat hal yang tidak
seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah : bangunnya dia
dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya dia kepada tamunya,
bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan berkhidmatnya dia kepada
seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa yang
masuk ke dalam tempat-tempat orang-orang bodoh, maka ia akan dipandang
rendah. Barangsiapa yang bergaul dengan ulama, ia akan dipandang mulia.
Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat kejelekan, maka ia akan dituduh
melakukan kejelekan itu.-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa yang
membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-kesalahan
keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka ia akan
terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali sumur agar saudaranya masuk ke
dalamnya, maka ia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya.- Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Ibrahim bin Adham
berkata. "
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kalian telah membaca Al Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.
5. Kalian mengaku ingin masuk surga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6. Kelian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan
diri kepadanya.
7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah
mempersiapkan diri menghadapinya.
8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.
9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula
kalian tak pernah mengambil pelajaran daripadanya.
10.Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah
mensyukurinya.
Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah
pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling
rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar
penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas -Ahli Hikmah
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya
ialah api neraka -Ahli Hikmah
Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung -Ahli Hikmah
Sesungguhnya Allah
SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup,
yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah
pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa
dan yang kurang cerdik -Ahli Hikmah
Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang:
· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya;
· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya;
· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.
Hati itu adalah
tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya.
Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya
Waktu adalah
kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber
kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika
digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan
untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan
menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba
terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya.
Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu
yang tersedia.
Mata yang berasal
dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita
boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata
seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang
sesungguhnya.
Barangsiapa yang
meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya. Barangsiapa yang
meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang
meremehkan kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya.
Bohong, orang yang
berpendapat bahwa kejahatan harus diredam dengan kejahatan, Apabila dia
benar, silakan dia menyalakan dua api. Apakah api yang satu dapat memadamkan
api yang lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah kebaikan,sebagaimana air
dapat memadamkan api.
Seorang alim harus mengajar dirinya sebelum mengajar orang
lain, dan hendaknya mengajar dengan perilakunya sebelum mengajar dengan
ucapan-ucapannya
Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid.
Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang
yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang
kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat
agar seluruh kehidupan kami bermanfaat !". Maka Ibrahim Al Adham
menjawab :
1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah
dirimu dengan akhirat.
2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik
maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu.
3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah
dirimu dengan memakmurkan kuburan.
4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama
manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul
Alamin.
5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka
sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri.
6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan
menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak.
Wahai anakku,
tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu
tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan
diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih
celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka
merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya. -Luqman Hakim
TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah
meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik
menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan
Hasan al-Basri.
Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri
kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati
menjadi bersih.
Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa
melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah
tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun
lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan
kebendaan.
Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di
atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.
10 Wasiat Luqman Hakim
1. Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama'
dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi
yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah
rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama
mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah
menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.
3. Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu
daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti
apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya. -Luqman Hakim
4. Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika
itu masih terbaring di atas katilmu.
5. Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada
Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.
6. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah
ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai
kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.
7. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami
tanaman.
8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga
keadaan iaitu:
a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.
c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan
daripada mereka.
9. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan
keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih
lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
10. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:
a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.
c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.
Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada
waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama
sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang
tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang
betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar
Islam.
4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.
5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak
mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki
oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu
tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
boleh memberi kebajikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu
dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas
gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita;
oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak
mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka
segerakanlah perlaksanaannya.
Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara
bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai
sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan
keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya',
hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga
berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di
sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang
lain
2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak
kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim
malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya
daripada faedah
4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan
pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal
kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur
kesalahannya
Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara
berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :
1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana
kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau
marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka
Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu
yang hakiki
2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka
perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna
keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu
yang dia sendiri menyukainya
3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah
ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu
umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu
untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia
4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu
untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan
bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.
10 Pesanan Untuk Nabi Musa
ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin
Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan
kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:
1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun
bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang
Musyrikin.
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku
peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku
hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak
nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua
penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab
Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak
mengagung-agungkan nama-Ku.
5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada
orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku,
membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan
sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan
benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut
saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran
tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup
pintu-pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak
menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap
dirimu sendiri.
|
Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."
KATA- KATA HIKMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)