Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

SOAL JAWAB AGAMA

IBADAT SOLAT

HUKUM MENGANGKAT TANGAN WAKTU SOLAT


 SOALAN
- bilakah perlu mengangkat tangan waktu solat? semua rakaat atau rakaat pertama sahaja?

JAWAPAN
- lebih disukai mengangkat tangan setinggi bahu atau telinga ketika takbir pertama, rukuk dan ketika berdiri daripada rukuk. juga dikatakan ketika berdiri daripada tahiyyat pertama solat zohor, asar, maghrib dan isyak.
-Syeikh Ibn Baz


 SOALAN
-bagaimana hukumnya solat dengan memakai sarung tangan?


JAWAPAN
-Tidak salah seorang wanita memakai sarung tangan ketika solat,


SOALAN
-Bagaimana hukum menunda solat isyak hingga waktu akhir?


JAWAPAN
yang baik dalam mendirikan solat isyak adalah menunda hingga waktu akhir. tidak boleh bagi lelaki kerana meninggalkan jemaah. sedangkan bagi wanita ianya adalah lebih baik menunda hingga waktu akhir.- Syeikh Ibnu Utsaimin.