Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

TAJUK TING 2

TAJUK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
1
TILAWAH
1.       Hidayah sumber kebahagiaan (ali-Imran ayat 8)
2.       Ilmu penyuluh kehidupan (ali- Imran ayat 18 )
3.       Menginsafi kekuasaan Allah  (ali-Imran ayat 26)
4.       Menghargai sunnatullah (ali-Imran ayat 27)
5.       Perpaduan asas kesejahteraan (ali-Imran ayat 103)
6.       Dakwah tanggungjawab bersama (ali-Imtan ayat 110)
7.       Segera bertaubat dan beristighfar (ali-Imran ayat 133-136)
8.       Mencontohi dakwah Rasulullah SAW. (ali-Imran ayat 159)

2
HADIS
1.       Mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama
2.       Sedekah pemangkin kesejahteraan

3
AKIDAH
1.       Beriman kepada asmaul Husna
a.       Al-asmaul Husna
b.      Al-Wahid: Allah SWT Maha Esa
c.       Ar-Rahman: Allah SWT Maha Pemurah
d.      Ar Rahim: Allah SWT Maha Penyayang
e.      Al-Hakim: Allah SWT Maha Bijaksana
f.        Al-Alim: Allah SWT Maha Mengetahu
g.       Al-Adl: Allah SWT Maha Adil
2.       Kesan beriman kepada Allah SWT
3.       Beriman kepada malaikat
4.       Beriman dengan kitab-kitab suci.

4
IBADAH
1.       Solat jamak dan qasar
2.       Puasa menjana keperibadian muslim
3.       Menghayati bulan Ramadhan
4.       Zakat fitrah

5
SIRAH
1.       Saidina Umar al-Khattab r.a pentadbir yang ulung
2.       Saidina Usman bin Affan r.a korporat yang dermawan
3.       Saidina Ali bin Abu Talib r.a pemuda yang berani
4.       Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib r.a pahlawan terbilang
5.       Saidina Abu Hurairah r.a perawi hadis
6.       Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a ahli perniagaan berwawasan
7.       Kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah

6
ADAB / AKHLAK ISLAMIYAH
1.       Nikmat dan musibah ujian kehidupan
2.       Menghayati adab berjiran
3.       Menjaga maruah diri
4.       Menjana keharmonian hidup
5.       Memelihara kesucian masjid dan surau
6.       Memelihara kesucian mashaf
7.       Doa penyeri kehidupan
8.       Wawasan beribata