Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

TAJUK TING 4

TAJUK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
1
TILAWAH
1.       Manusia perlu bersyukur ( al-An’am ayat 6)
2.       Rasul penyampai wahyu ( al-An’am ayat 50)
3.       Larangan mempersendakan agama (al-An’am ayat 70)
4.       Hidayah milik Allah SAW (al-An’am ayat 125)
5.       Aqidah teras kehidupan (al-An’am ayat 161-165)
6.       Ciri-ciri mukmin berjaya (al-Mukminun 1-11)
7.       Nasihat Luqmanul Hakim (Luqman ayat 12-19)

2
HADIS
1.       Makanan yang baik
2.       Perpaduan Teras Kemajuan

3
AKIDAH
1.       Perkara-perkara yang membatalkan iman
2.       Dosa-dosa besar yang membawa kemurkaan Allah SWT
3.       Tuntutan bertaubat

4
IBADAH
1.       Kewajipan haji dan umrah
2.       Sembelihan
3.       Korban
4.       Akikah
5.       Jual beli dan sewa
6.       Gadaian (ar- Rahnu)
7.       Syarikat
8.       Hutang, insurans dan saham

5
TAMADUN ISLAM & TOKOH
1.       Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin
2.       Kerajaan Umaiyah
3.       Al-Imam Abu Hanifah R.H
4.       Al-Imam Malik R.H
5.       Al-Imam Syafie R.H
6.       Al-Imam Ahmad bin Hanbal R.H
7.       Al-Imam Bukhari R.H
8.       Al-Imam Ghazali R.H

6
ADAB / AKHLAK ISLAMIYAH
1.       Akal cahaya hidup
2.       Adab berhias diri
3.       Adab menjaga orang sakit
4.       Adab amar makruf nahi mungkar
5.       Adab di tempat rekreasi
6.       Adab menjaga kemudahan awam
7.       Adab menziarahi jenazah
8.       Zikrullah pengubat hati
9.       Adab dengan Rasulullah SAW