Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Wednesday, June 29, 2011

SOLAT FARDHU

SOLAT FARDHU

1

Erti solat

Beberapa ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam

2

Hukum

Wajib ditunaikan untuk setiap orang Islam yang cukup syarat.

3

Syarat wajib

(5)

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Boleh mendengar dan melihat

4

Syarat sah

(5)

  1. Yakin masuk waktu
  2. Menghadap kiblat
  3. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
  4. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis
  5. Menutup aurat

5

Rukun solat

(13)

  1. Niat
  2. Takbiratul ihram
  3. Berdiri betul bagi yang kuasa
  4. Membaca al-Fatihah
  5. Rukuk serta tamakninah
  6. Iktidal serta tamkninah
  7. Sujud dengan tamakninah
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyyat akhir dengan tamakninah
  10. Membaca tahiyyat akhir
  11. Berselawat ke atas nabi Muhammad SAW
  12. Salam pertama
  13. tertib

6

Sunat Ab’ad

( sangat dituntut dilakukan jika tertinggal tidak batal solat tetapi diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam)

  1. membaca tasyahud awal
  2. duduk membaca tasyahud awal
  3. selawat ke atas nabi selepas tasyahud awal
  4. selawat ke atas keluarga nabi selepas tasyahud akhir
  5. membaca qunut
  6. berdiri ketika membaca qunut
  7. selawat ke atas nabi sesudah membaca qunut

7

Sunat hai’ah

(dituntut jika tertinggal tidak batal solat)

  1. membaca doa iftitah
  2. membaca ta’awuz
  3. mengucapkan amin selepas membaca al-fatihah
  4. mengucap takbir ketika hendak rukuk
  5. membaca tasbih ketika rukuk dan sujud

8

Hikmat solat

  1. mengukuhkan iman
  2. terhindar daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar
  3. menghayati sifat-sifat mahmudah
  4. memberi ketenangan jiwa.

CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS

LAFAZ SOLAT FARDHU

Tuesday, June 28, 2011

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke atas setiap muslim. Ianya bererti mengeluarkan sejenis makanan asasi sesebuah negara dengankadar tertentu dan diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat tertentu kepada.

Syarat wajibnya adalah:
1.Islam
2.Mempunyai harta yang melebihi keperluan makan dan minum.
3.Hidup pada akhir Ramadhan dan awal syawal.


Kadar zakat fitrah ialah satu gantang baghdad atau 2.7 kg beras di Malaysia.