Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Friday, July 1, 2011

MANDI

Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat.

Mandi terbahagi kepada
1. Mandi wajib ialah mandi yang disertakan niat kerana berhadas besar.
2. Mandi sunat ialah mandi yang disertakan niat kerana tujuan tertentu seperti mandi hari jumaat.
3. Mandi harus ialah mandi selain mandi wajib dan mandi sunat seperti mandi untuk menyegarkan badan.

Sebab yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan:
1. Keluar mani
2.Bersetubuh
3. mati selain mati syahid

Sebab yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja:
1. Kelauar darah haid.
2. keluar darah nifas.
3. Wiladah iaitu melahirkan anak.

Rukun mandi:
1. Niat
2. meratakan air ke seluruh badan

Perkara sunat ketika mandi wajib:
1. Membersihkan najis atau kekotoran yang ada pada badan.
2. Berwuduk sebelum mandi
3. Memulakan mandi dengan membaca bismillah
4. Mendahului anggota sebelah kanan.
5. Menggosok seluruh anggota badan
6. Menyelati jari kaki, tangan dan rambut.
7. Berdoa selepas mandi.

Hikmat mandi wajib:
1. Membolehkan mengerjakan ibadat.
2. Memberi kesegaran pada anggota badan.
3.Menjaga kehormatan diri.
4. Mencergaskan fikiran.
5. Membersihkan rohani.

Perkara-perkara yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan ketika berhadas besar.
1. Solat sama ada fardhu atau sunat.
2. Sujud tilawah atau sujud syukur.
3. Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran.
4. Tawaf.
5. Berhenti dalam masjid.

Larangan ke atas perempuan yang haid dan nifas.
1. Puasa wajib atau sunat
2. Bergurau senda antara pusat dan lutut bagi suami isteri.
3. Melakukan persetubuhan.