Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Friday, July 1, 2011

ISTINJA

Istinja adalah perkara pertama yang berkaitan dengan kebersihan fizikal yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam. Setiap pelajar melakukannya pada setiap pagi cuma apabila disoal pelajar tertanya-tanya yang mana satu istinja.

1. Istinja dari segi syarak bermaksud membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat-alat tertentu.

2. Hukum beristinja bagi umat Islam adalah wajib.

3. Alat-alat istinja ialah :
3.1 Air mutlak (air hujan, air sungai, air laut, air embun, air mata air, air paip, air perigi dan air salji ).
3.2 Benda-benda kesat (batu, kayu. kertas, daun kering dan sebagainya)


4. Bahan haram untuk istinja:
4.1 Kertas atau bahan yang bertulis ayat al-Quran atau hadis nabi, nama-nama Allah dan rasul.
4.2 Bahan-bahan makanan seperti roti biskut dan sebagainya.
4.3 Benda-benda najis yang kering seperti tahi lembu.
4.4 Benda-benda licin seperti plastik
4.5 Benda-benda merbahaya seperti kaca.

5. Syarat-syarat istuinja dengan benda kesat.
5.1 Alat itu hendaklah suci, bersih dan kering.
5.2 Najis yang ada pada qubul atau dubur belum kering
5.3 Najis itu tidak melilih ke tempat lain
5.4 Tidak ada benda lain yang melekat di tempat keluar najis seperti debu dan tanah.

6. Hikmat istinja
6.1 Terhindar daripada penyakit
6.2 Memberi keselesaan kepada diri dan orang lain
6.3 Menyihatkan badan.