Wuduk merupakan perkara yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat sama ada solat fardhu atau solat-solat sunat dan juga ibadat-ibadat lain.
Wuduk bermaksud membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana Allah Taala.
Seseorang wajib berwuduk apabila hendak menjalankan ibadat berikut:
1. Solat
2. Tawaf
3.Menyentuh atau membawa al-Quran
4. Sujud Tilawah
5. Sujud syukur
6. Membaca Khutbah Jumaat
Rukun wuduk seperti mana di bawah:
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kaki
6. Tertib iaitu menyempurnakan rukun wuduk dengan tersusun
Syarat sah wuduk
1. Islam
2. Mengetahui rukun-rukun wuduk
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Tidak ada sesuatu bahan yang menghalang air sampai ke kulit anggota wuduk seperti getah, lilin dan sebagainya
5. Tidak ada sesuatu yang boleh mengubah warna air dikulit anggota wuduk seperti dakwat, pewrna dan sebagainya.
Perkara sunat ketika wuduk
1. Memulakan membaca bismillah
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula
5. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
6. Menyapu keseluruhan kepala
7. Menggosok celah-celah jari tangan dan kaki
8. Berturut-turut
9. Mengulangi tiga kali setiap perbuatan
10. Berdoa selepas wuduk.
Perkara-perkara makruh ketika berwuduk
1. Membasuh anggota wuduk lebih tiga kali
2. Berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa.
3. Mendahulukan anggota kiri daripada kanan
4. Bercakap ketika berwuduk
Perkara-perkara membatalkan wuduk
1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur
2. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pengsan dan sebagainya
3. Tidur yang tidak tetap papap punggungnya
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tanpa berlapik
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan berlapik
Hikmat wuduk
1. Anggota badan sentiasa bersih
2. Jiwa sentiasa tenang
3. Dosa kecil terhapus
4. Sentiasa dalam keredhaan Allah SWT
Video menunjukkan cara berwuduk.
Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."