1. KHUTBAH:
- ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran2. Hukum -wajib dibaca sebelum solat
3. Syarat sah
- dibaca setelah masuk waktu zohor.
- dibaca sebelum solat jumaat.
- rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
- khatib duduk sebentar di antara dua khutbah.
- khatib mestilah seorang lelaki.
- dibaca sambil berdiri jika berkemampuan.
- khatib menutup aurat. -khatib suci daripada hadas dan najis.
- berturut-turut di antara dua khutbah.
- khutbah itu boleh didengar oleh 40 orang jemaah.
4.Rukun
- memuji Allah SWT sekurang-kurangnya menyebut alhamdulilah.
- berselawat ke atas nabi.
- mengingatkan jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT.
- membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran samada dalam khutbah pertama atau kedua.
- mendoakan orang Islam.
5.Sunat khutbah
- disampaikan di atas mimbar
- memegang tongkat ketika khutbah
- rukun khutbah disampaikanmengikut tertib
- memberi salam sebelum duduk di atas mimbar
- disampaikan dengan fasih dan lancar
- menyampaikan dengan suara nyaring dan lantang
- khutbah itu ringkas dan padat.
6.Adab ketika mendengar khutbah
- mendengar dengan teliti/khusyuk.
- duduk dengan tertib.
- tidak berbuat bising.
- mengambil pengajaran daripada isi khutbah yang dibaca.