Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Friday, July 1, 2011

TAYAMMUM

1. Maksud tayammum
  • menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan niat.
2. Hukum tayammum
  • wajib bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air untuk menunaikan solat atau tawaf.
3. Sebab-sebab yang membolehkan tayammum:
  • Ketiadaan air atau ada air tapi digunakan hanya untuk keperluan makan dan minum.
  • Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit yang memudaratkan jika terkena air.
4. Syarat-syarat tayammum:
  • Masuk waktu solat
  • debu tanah yang suci daripada najis
  • Menghilangkan najis sebelum bertayammum
  • Debu mestilah kering dan tidak bercampu lumpur atau kapur dan sebagainya.
  • Telah berusaha untuk mendapatkan air
  • Hanya untuk satu solat fardhu sahaja.
5. Rukun-rukun Tayammum.
  • Berniat ketika menyapu debu ke muka
  • Menyapu debu tanah sekali ke muka
  • Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
  • tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan.
6. Perkara-perkara sunat ketika bertayammum.
  • Membaca bismillah
  • Menghadap kiblat
  • Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tangan.
  • Mendahulukan tangan kanan daripada kiri.
  • Berturut-turut
  • Merenggangkan jari semasa menekap debu.
7. Perkara-perkara membatalkan tayammum:
  • Semua perkara yang membatalkan wuduk
  • Ada air sebelum solat jika bertayammum kerana tiada air.